Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah?klik sini






Sabtu, 22 Disember 2012

Panduan & Tips Membeli Tiket Kapal Terbang Air Asia


Salam Sejahtera Semua.


Hari ni saya hanya nak kongsikan tips dan panduan bagaimana membuat tempahan tiket bagi syarikat penerbangan AirAsia.

1. Log in Sebagai Ahli

Bagi memudahkan urusan semakan ataupun sebarang pindaan terhadap booking yang dilakukan, adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda log in sebagai ahli terlebih dahulu.
Sekiranya anda masih belum lagi mendaftar sebagai member Air Asia, anda digalakkan untukregister sebagai member terlebih dahulu. Hanya perlu klik pada daftar atau sign up. Kemudian isikan sahaja borang yang bakal keluar di paparan skrin anda.
Pastikan anda mengisikan nama mengikut ejaan yang tertera pada kad pengenalan ataupunpassport semasa mendaftar sebagai ahli AirAsia.
Jika anda memang dah pernah register sebagai member sebelum ni, anda boleh teruskan membuat tempahan dimulai dengan  log in menggunakan alamat email yang pernah anda daftarkan sebelum ini.
Jangan lupa masukkan password sekali. Password adalah gabungan antara huruf dan juga nombor.

2. Paparan Selepas Log in

Untuk mengetahui sama ada anda dah log in ataupun belum, sila lihat di bahagian sebelah kiri. Akan tertera perkataan selamat datang.
Anda boleh juga klik profil saya/my profile jika nak buat sebarang pindaan.

3. Bagaimana Mencari Flight Air Asia Yang Ada

Mudah je sebenarnya nak pilih penerbangan. Isikan maklumat perjalanan anda diruangan yang disediakan. Origin bermaksud dari mana anda ingin berlepas, manakala destination pula ialah tempat yang anda ingin tuju.
Jangan tak percaya, ada ramai orang yang selalu terbalik bila buat tempahan.. ha.. kalau dah terbalik habis lah. Tiket tu tak boleh nak buat apa dah.. sebabnya menurut terma dan syarat Air Asia, booking yang dah berjaya dibuat tak boleh di batalkan (cancellation) dan tidak boleh dituntut ganti rugi (refund). (artikel 5.1)
Walaubagaimanapun, sekiranya penerbangan anda masih lagi mempunyai tempoh masa lebih daripada 48 jam, anda masih lagi dibenarkan untuk membuat pertukaran tarikh. (artikel 5.3)
Jadi.. macam mana pun anda wajib buat betul-betul dan pastikan semua maklumat yang anda isikan itu lengkap dan betul. Kalau tak masalah nanti jadinya.
Baik, dalam contoh kali ini saya akan tunjukkan macam mana step untuk buat bookingdengan Air Asia. Dalam contoh ini, saya akan buat booking untuk penerbangan ke Sydney, Australia.
Untuk origin saya masukkan Kuala Lumpur, sebabnya saya akan berlepas dari Kuala Lumpur di LCC Terminal, Sepang. Manakala destination dia ialah Sidney.
Sekiranya anda perasan, kod bagi lapangan terbang di Kuala Lumpur ialah KUL manakala Sydney pula ialah SYD.

4. Travel Document (Dokumen Perjalanan)

Air Asia sama sekali tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda ada sebarang isu dengan dokumen perjalanan milik anda. Ini adalah kerana Air Asia hanyalah menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara sahaja, dan menjadi kewajipan pelanggan macam kita ini untuk mengenal pasti apa dia dokumen yang diperlukan untuk memasuki mana-mana negara.
Bagi penerbangan international, kita perlu memegang dokumen perjalanan ataupun passportyang memiliki tempoh sah laku (validity) sekurang-kurangnya 6 bulan lebih daripada waktu perjalanan. Ini adalah requirement yang ditetapkan oleh pihak imigresen.
Dalam kes saya ini, untuk masuk ke Australia, saya perlukan ETA. ETA ini adalah singkatan bagi Electronic Travel Authority. Ini merupakan salah satu keperluan tambahan bagi penduduk selain daripada warganegara Australia yang ingin memasuki Australia.
Maklumat mengenai ETA dan cara untuk mendapatkannya boleh didapati dihttp://www.immi.gov.au

5. Pemilihan Jadual Penerbangan

Dalam kes saya ni, untuk tempahan ke Australia, jumlah penerbangan yang terdapat dalam sehari ialah satu penerbangan sahaja. Secara automatik (default) sistem akan memilih untuk kita harga yang paling rendah yang masih lagi dijual.
Kalau kita beli secara online, kita boleh dapat harga tiket promosi.
Tetapi, kalau kita beli melalui telefon ataupun melalui kaunter jualan, harga yang ada hanyalah harga regular dan premium sahaja. Mungkin ini adalah salah satu usaha Air Asia untuk menggalakkan orang ramai melayari laman web mereka dan buat tempahan secara dalam talian (online).
Kalau anda ada duit lebih, bolehlah memilih untuk membeli premium seat, untuk perjalanan yang lebih selesa dan berpeluang menikmati kelebihan-kelebihan yang tidak terdapat pada tempat duduk kelas ekonomi.
Antara kelebihan premium seat adalah kita boleh dapat peruntukkan bagasi (baggage allowances) sebanyak 20KG percuma dan juga makanan percuma.
Setiap harga yang dipaparkan dalam laman sesawang Air Asia adalah benar pada waktu ia dipaparkan. (artikel 4.5).
Harga yang ditunjukkan tidak termasuk cukai dan juga lain-lain yuran. Tiket yang dijual juga memiliki kelas-kelas tertentu, sebab tu adakalanya kawan kita dapat harga yang murah, kita pulak dapat harga yang mahal. Ini sebab kawan kita dapat tiket dalam kelas harga yang lagi murah berbanding apa yang kita beli.
Selepas anda dah pasti nak pilih flight yang mana satu, anda hanya perlu klik pada continue.
Anda perlu pastikan yang anda dah baca Terma & Syarat Air Asia (terms & condition) dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syaratnya.
Dengan anda tick pada box yang disediakan, ini menunjukkan bahawa anda telah baca, faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang disediakan.
Katalah anda saja-saja tak nak setuju dengan Terma dan Syarat Air Asia, tapi masih lagi nak teruskan buat tempahan, ha.. paparan macam dekat atas ni akan tertera. Akan keluar errordekat situ. Kena klik yang anda setuju terlebih dahulu ye.
Pada waktu catatan ini dibuat, seandainya anda perlukan perkhidmatan seperti kerusi roda, atau ambulift, anda perlu hubungi Air Asia Call Centre sekurang-kurangnya 48 jam sebelum masa penerbangan dan tanda ‘Yes’ pada soalan do you have any special needs?
Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.
Dibahagian kanan, anda boleh nampak jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Buat masa ni, total cost adalah sebanyak RM1,421. Jumlah ini termasuk Airport Tax, Fees, Fuel Surcharge dan juga harga tiket penerbangan.

6. Maklumat Perhubungan (Contact Details)

Ini merupakan salah satu bahagian yang penting. Nama individu untuk dihubungi. Untuk apa isi bahagian ini?
Sekiranya terdapat perubahan pada jadual penerbangan kita, maklumat yang kita isikan dalam ni lah yang akan digunakan oleh staff Air Asia untuk hubungi kita dan beritahu perubahan yang bagaimana yang telah dilakukan pada jadual penerbangan kita.
Boleh gunakan maklumat yang sama dengan maklumat penumpang, dan boleh juga kalau nak guna nama orang lain. Tak ada masalah.

7. Nama Penumpang (Guest Details)

Dekat sini kena letak nama penumpang. Ejaan nama penumpang mesti kena sama dengan nama yang tertera dalam kad pengenalan ataupun dalam passport.
Tak boleh ada salah eja walaupun satu huruf.

8. Flight Option

Dekat bahagian ini kita boleh tetapkan apa yang kita nak ada dalam penerbangan kita dan apa yang kita tak nak ada. Air Asia ni kan budget Air Line, jadi kita boleh budget apa yang kita perlu dan apa yang kita tak perlu.
Sebagai contoh, bagasi (baggage allowance), makanan (meals), peralatan sukan (sport equipment) dan lain-lain.
Secara default, sistem akan beri anda bagasi sebanyak 20kg. Sekiranya anda tak bercadang nak bawak sebarang bagasi, boleh tukarkan ia kepada ‘No Checked Baggage’.
Tak perlu risau, sebab kita masih lagi boleh bawak 7kg hand carrier yang boleh dibawa naik ke dalam kabin kapal.
Untuk sektor SYD-KUL pun sama juga dengan penerangan yang diatas.

9. Pilih Tempat Duduk (Pick a Seat)

Kalau anda tak kisah kena duduk jauh-jauh, maka bolehlah continue without picking a seat.
Kalau anda travel bersama kawan, dan memang nak duduk sebelah-sebelah, maka untuksecure seat, kenalah pilih seat assignment. Kena bayar lah tapi..
Bagi yang tak nak bayar, bila buat check in nanti, sistem komputer akan pilihkan tempat duduk kita mengikut lokasi mana yang masih lagi ada. Kalau dapat dekat nasiblah.. kalau tak dapat duduk sama-sama, pun nasiblah..

10. Beli Perlindungan Insurans Menerusi Air Asia Insure?

Sekiranya tak nak beli insurance, boleh klik pada cancel. Lihat gambar yang saya gariskan dengan warna hitam tu.
Setengah orang memang dah ada personal travel protection, jadi memang tak perlu ada insurans tambahan pun.
Lepas dah klik cancel, satu pop up akan keluar. Pada step ini klik cancel lagi sekali sekiranya memang betul-betul tak nak ambik insurans.
Biarkan pada ‘no thank you‘, kemudian klik sahaja pada continue.

11. Perkhidmatan Skybus

Kalau rasa perlukan transport untuk bawak anda dari KL Sentral atau dari 1Utama ke LCC Terminal, bolehlah beli tiket dekat step ini. Kalau dah ada pengangkutan sendiri, tak nak beli pun tak ada masalah.
Tiket bas akan disertakan sekali bersama itinerary flight. Kod bagi Skybus akan tertera padaitinerary anda nanti dengan kod SKYBSKYB ni maksudnya skybus.
Jadi bila dah beli skybus ni, tak perlu nak gelabah mana nak ambik tiket bas. Hanya perlu tunjukkan flight itinerary pada kaunter skybus itu dah cukup memadai dah.

12. Membuat Pembayaran untuk Tiket Penerbangan Air Asia

Setakat masa catatan ini dibuat, kita ada pilihan untuk buat pembayaran melalui tiga kaedah iaitu kad kredit, e-gift voucher ataupun melalui direct debit
Sebelum membuat sebarang pembayaran, kita perlu confirmkan semula sama ada jadual perjalanan dan item yang kita beli itu betul ataupun tak.
Janganlah pulak nanti, bila kita dah bayar, masa tu baru kita sibuk nak kata kita tak ada nak beli insurans, bagasi ataupun meals.
Sebabnya walaupun kita buat kecoh macam mana sekalipun, memang kita tak akan dapat balik refund.
Ruangan ini dipanggil Review & Pay sebab kita kena check dulu atau review dulu sebelum buat pembayaran.
Sebaik-baiknya bayar menggunakan kad kredit.
Tetapi andai kata anda tiada kad kredit, bolehlah buat pembayaran melalui direct debit.
Pembayaran melalui direct debit untuk membeli tiket Air Asia hanya disediakan sekiranya matawang yang digunakan adalah dalam Ringgit Malaysia.
Selain daripada itu, untuk penerbangan yang masanya kurang daripada 48 jam, option direct debit tak akan disediakan. Kena bayar pakai kad kredit. Sebabnya, pembayaran menerusi direct debit bukanlah serta merta.
Ada masanya, walaupun duit dalam akaun bank kita dah kena tolak, tetapi selagi Air Asia masih belum terima pembayaran dari pihak kita, selagi itu pembayaran dan status tempahan masih lagi belum confirm.. iaitu ‘Need Payment‘.
Booking kita hanya akan confirm setelah kita terima itinerary ataupun setelah pembayaran penuh telah kita buat.
Baiklah, saya rasa macam dah cukup panjang tips dan panduan untuk membeli tiket kapal terbang Air Asia ini.
Jumpa lagi dalam tips yang akan datang.
Semoga pengunjung blog sekalian beroleh manfaat.

klik JOin Churp Churp Bersama ANa Ahmad! 




Best regards,
ANa Ahmad

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Adik AA Excident (4) Amalan Mengandung (1) Amanah Saham Bumiputera ASB (2) Anugerah Industri Muzik (AIM) (2) Anugerah Juara Lagu (AJL) (3) Anugerah Planet Muzik (APM) (1) Aplikasi Cellads (1) Arak (1) ASB Loan (2) Asmaul-Husna (1) Awal tahun bulan islam (1) Ayat Seribu Dinar (2) Ayat Surah Al-Quran Pilihan Kebaikan Untuk Anak & Suami Isteri (1) Baju Blogger (3) Baju Tempahan (39) Banjir Besar (4) Bantuan Rakyat 1Malaysia (6) BE/CPUV Earning Nuffnang (40) Bencana Tsunami (7) Beza Adat Pepatih & Adat Temenggung (1) Big Apple (1) Bil Elektrik (1) Biodata Artis/Pelakon (4) Blog Kerana ANa Ahmad (1) blogrrr AWARDS (1) BlogWalking (1) Borang BR1M (6) BR1M 2014 (5) Buger Bakar Abang Burn (1) Bunga Sakura Malaysia (1) Bunuh Diri (1) Cara Bayar Zakat (1) Cara Mandi Wajib Yang Betul (1) Cara Menjadi Suami Dan Isteri Mithali (1) Cashout Nuffnang (2) Cek Nuffnang (1) Cek Nuffnang Ke-2 (1) Champions League (6) Check Keputusan UPSR (1) Check PLKN (1) Contest Buffet Ramadhan Casa Ombak (1) Contest SEO (7) Dengki (2) Derma Kilat (2) Design Baju (36) Domain (1) Domain Baru (1) Download Movie (93) emel (1) Falsafah Felixia Yeap (1) Fear Factor Selebriti Malaysia 2 (5) Fifa World Cup (7) FiFa World Cup 2014 (11) Follower Level (6) GA (62) Gaji (23) Generasi Wajah Blog (1) Halal Atau Haram (1) Harga Handphone (3) Harga Kangkung (1) Harga Kereta (1) Harga Lesen Memandu (1) Harga Minyak (6) Harga Rumah (8) Hari Pekerja (1) Helikopter Nuri Terhempas (1) Hikmah Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha (1) Hosting (1) Hosting Domain Baru (1) Hukum Bapa Mencium Mulut Anak Perempuan Baligh (1) Hukum Pertandingan Cabutan Bertuah (1) Hutang Negara (3) Identiti Tuan Tanah (1) Iklan (94) Iklan Air Asia Go-Korea Sale (1) Iklan B.liv Brand Visibility (1) Iklan Bulgogi Brothers Korean B (1) Iklan Di Blog (1) Iklan Digi - Project Red (1) Iklan Dove Hairfall Rescue (1) Iklan Huawei Ascend P7 (1) Iklan Ikea-June Sale Campaign (1) Iklan INTI Cycle 1 Degree Exten (1) Iklan Invest Smart Campaign (1) Iklan Julie's x LINE New Package (1) Iklan Kopi Herba Niqmat69 (1) Iklan LANEIGE Serum Intense Lip (1) Iklan Libresse (1) Iklan Mayfair Bodyline-August (1) Iklan Rakuten (1) Iklan Tesco Online March Mother (1) Iklan uMobile Prepaid Free Meal (2) Iklan University Of London International (1) Iklan Vanish's Tip Exchange (1) Iklan Visa Travel Happy (1) Iklan Waku Doki Campaign (1) Iklan Whisper Mesh & Cotton (1) Iklan Xperia Z2 Launch (1) Iklan Zalora (4) ilmu (79) Info (807) Info Trafik Online (1) Jalan PC Fair (1) Jalan-jalan Di Padang Besar (6) Jalan-Jalan Makan Laksa (1) Jolly Shandy Haram (1) Kelebihan Dropship Di Blog (1) Kelebihan Menaiki Pengangkutan Awam (1) Kelebihan Orang Pertama Memberi Salam (1) Kelebihan Smartphone (2) Kementerian Kewangan (1) Kenangan (75) Luahan Hati Kawan-Kawan (2) Maha Raja Lawak Mega 2013 (2) Maharaja Lawak Mega (2) Maulidur Rasul (1) Menang Hadiah (19) Menyambut Kepulangan Para Haji (1) minuman tin haram (1) Niqmat (4) Novel (1) Nuffnang (1) Nuzul Quran (1) Oley-oley Dari Korea (1) Owner (1) Page Rank (1) Pageviews (4) Panduan Beli Tayar (1) Panggung Wayang (2) Pemilihan Sayap UMNO Pusat 2013 (2) Pendapatan Negara (10) Pengajian Malaysia (1) Pengasas Produk Aura White (1) Percutian Di Pulau Labuan (5) Peristiwa The Conjuring (1) Pesanan Syeikh Ahmad Yasin Kepada Pemuda & Pemudi (1) Petua Rawat Sembelit (1) Phenomena Digital Al-Quran (1) Piala Dunia World Cup (6) Piala Dunia World Cup 2014 (10) Pinjaman PTPTN (1) Proton Malaysia (1) PRU13 : Semak Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (1) public speaking (1) Putrajaya International Dragon Boat Tournament (1) Putus Cinta (2) Raya Aidilfitri (11) Raya Haji (1) Resipi Kek (3) Resipi Kuih (3) Review Blog (11) Rezeki (12) Ribut Kuat (1) Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Slot Akasia TV3 (1) Ringgit Malaysia (10) saman ekor kenderaan (1) Saman Parking Kenderaan (1) Sebenarnya Saya Isteri Dia (2) Segmen (20) Selamat Hari Guru (1) Selamat Hari Ibu (1) Semak Online Keputusan PMR (1) Semester Baru (26) Sewa Iklan (2) Shop Nile.com.my (4) Shout! Awards (1) Soalan fidyah (1) Solat Sunat Dhuha (1) Sponser GA (7) Sponser Segmen (3) Student DMW 1 (13) Student KUIN (47) Student Semester Enam (56) Student Semester Lima (2) Student Semester Tujuh (24) Sukan (42) Sultan Perak (1) Surat Dari Langit Biru Slot Samarinda TV3 (1) Tahan Lama (1) Tahun Baru (7) Tanda Hidup Tak Berkat (1) Tanda Jin Betina Mencintai Lelaki (1) Tanda Penyakit Melalui Jari (1) Tazkirah (141) Tempahan Baju I AM (14) Tempahan Baju I AM Jenis Muslimah (2) Tempahan Baju I AM Kanak-kanak (1) Tempahan Banner (1) Tempahan Bookmark (1) Tempahan Button Badge (9) Tempahan Edit Blog (1) Tempahan Kad (3) Terkena Santau (1) Testimoni Baju I AM (name) (3) Testimoni Baju I AM (name) #1 & #2 (1) Testimoni Baju I AM (name) #3 #4 #5 (1) Testimoni Baju I AM (name) #6 #7 #8 (1) THOR The Dark World (1) Tips (199) Tips Bersolek Cara Islam (1) Tips Blog Walking (1) Tips Cantikkan Blog (1) Tips Elak Blog Kena Tutup Oleh KPDNKK (1) Tips Elak Di Tipu Melalui Panggilan (1) Tips Elak Penyakit Kristal Ginjal (1) Tips Ketika Bayi Baru Lahir (1) Tips Lulus Ujian JPJ (1) Tips Membeli Smartphone (2) Tips Mengeratkan Hubungan Dengan Isteri (1) Tips Mengira Waktu Subur Wanita (1) Tips Mudah Hamil (6) Tips Murah Rezeki (3) Tips Promosikan Blog (2) Tips Promosikan Entry Blog (2) Tips Promosikan Post Blog (1) Tips Puasa Enam Lepas Raya (1) Tips Ramadhan (4) Tips Senaman Ringan (1) Tips SEO (24) Tips Tingkatkan Pageviews (1) Tips Untuk Sentiasa Cantik (4) Tom Yum Goong 2 (1) Top Commenters (6) Tuan Blog (1) Tukar Hosting Domain (1) Ucapan Raya (5) Ujian Minda (4) UMNO (1) video.html (18) Villa Nabila (3) Widding Asyraf Baharuddin (1) Widding Kawan AA (8) WordLess Wednesday (8)