Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah?klik sini









Ahad, 2 Disember 2012

.:Resepi : Kek Red Velvet:.


Assalamualaikum w.b.t.

Tiba-tiba teringin nak buat entry tentang resepi. ehem. Resepi lah sangat.. mengenangkan nasib diri yang memang tak pandai masak. Paling pakar pun masak air! aha. Tak pe lah, asalkan kita mencuba satu per satu, sedikit demi sedikit dan belajar dari bawah. Tak salah kan?? Actually dah lama dah menceburi dalam bidang masakan ni sejak tinggal kat rumah sewa. Bak kata kawan baik, duduk rumah sewa ni umpama belajar ekonomi rumah tangga! bukan je dari hal memasak, tapi dari segala hal..bil ayaq bil letrik..mengemas rumah (Sebenarnya bila dh betul2 sepah baru kemas) hehe..okey, jangan tiru perangai ni. Saya sentiasa nak lakukan perubahan diri. yeah. Muslim katakan..perlu tunjuk perubahan jika ingin maju ke hadapan! Wah, semangat gitew. Tengok sini

Ok dah. Stop hal ekonomi rumah tangga. Alkisah waktu cuti ni memang dipenuhi masa lapang dengan hal2 suri rumah tangga. Salah satu contoh adalah memasak makanan tengah hari untuk adik kesayangan yang sedang menduduki exam bulan 11 ngn 12 ni. Jadi, sebagai seorang adik dan abang penyayang (sebab saya yang sulong), saya jamulah semampu mungkin makanan untuk diorang untuk mengelakkan rasa lapar semasa tengah study pulun. haha. first day masak kan western food untuk  adik..orang selalu buat spageti carbonara, tapi saya buat makaroni karbonara. nanti saya share resepinya. then, another days masak ikan kembung masak tempoyak, sambal tumis campur ngan terung bakar, and lain-lain lagi. Tapi sebelum memasak memang saya search kat internet dulu..okey, dah kantoi mana dapat resepi. Tengok sini lagi

Red velvet?? Ok, dah lama dah dengar pasal kek red velvet ni. sebelum ni pun Alhamdulillah, dah ada pengalaman bake kek cokolat ngan kek cawan. Then, semalam tiba2 nak try buat kek red velvet selepas menonton rancangan Anna Olson di channel Food Network Asia..sape tak kenal? Chef pastri popular ni! Jadi, dengan sukacita dan sukahatinya saya ingin berkongsi resepi kek red velvet yang merah menyala ni.


Saje tunjukk gambar dulu..teaser katakan..heheh

"Sila abaikan rupa dan bentuk saya lantas terus menikmati saya yang sedap ni" kata redvelvet ni
Okey, first time buat kek red velvet, macam ni lah rupanya. saya bukannya professional pastry chef ye.
InsyaaAllah lepas ni nak try buat cantik2. ahak

Okey! jom buat kek! mula2....

Baca bismillahirrahmanirrahim dulu..kemudian salawat ke atas Rasulullah s.a.w agar masakan yang kita buat betul2 air tangan kita yang mana niat kita nak memasak ni sebab nak dapat redha Allah... :)

Seterusnya..jom teliti bahan2nya. Agak rumit sikit.. tapi bila tengah buat memang syokk!

Bahan A (Semuanya ayak bersama-sama)

> 250 gram tepung gandum
> 1 sudu kecil baking powder
> 1/2 sudu kecil garam
> 2 sudu kecil koko powder

Bahan B (Campurkan kesemuanya dan kecau sehingga sebati)

> 240 ml buttermilk
> 2 sudu besar pewarna merah (cari yang halal ea)

ok, untuk buttermilk ni, kalau susah sangat nak cari kat kedai, ada alternatif lain sebenarnya. Just campurkan 240 ml fresh milk dengan 1 sudu kecil cuka. Biarkan dalam 10 minit..tada..jadilah buttermilk..yup bau dia agak lain macam sikit sebab ada cuka.

Bahan C

> 115 gram butter
> 300 gram gula kastor
> 2 biji telur (tak kisah pun telur gred apa pun yg penting basuh dulu sebelum nak guna)
> 1 sudu kecil esen vanila

Bahan D

> 1 sudu kecil cuka masakan (alternatif lain, kalau korang tak suka banyak cuka, korang boleh ambil jus limau nipis) rasa red velvet memang ada sweet sweet sour gitu ye .
> 1 sudu kecil baking soda

Untuk Topping pulak ( Saya buat Cream Cheese Frosting)

> 230 gram cream cheese Philadelphia (Cari je kat kedai mesti ada punya, pengguna yg bijak pasti cari logo halal)
> 227 gram mascorpane (tak sure ape ni..tapi anna olson letak krim ni..tapi saya cari kat kedai tak jumpa pulak, so, saya tak letak lah.eheh)
> 1 susu kecil esen vanilla
> 1 cawan gula ising
> 360 ml whipping cream (ni pun ade kat kedai, senang je nak cari)

Okey, bahan2 dah ada. mcm mana nak buat? Meh scroll bawah ni.

Firstly, pukul butter hingga kembang (about 3 minutes like Anna Olson said..haha). Ok, kalau keluarkan butter tu dari peti ais, biarkan butter tu sama ngan suhu bilik dulu. Then, baru pukul. Atau pun kalau geram sangat nak tunggu lama2, potong butter tu jadi bentuk kiub2 kecik supaya butter tu kembang dengan cepat. 

second, masukkan gula kastor dan pukul lagi selama beberapa minit yang kita nak asalkan ia sebati ngan butter tadi tu. Jangan lebih2 pulak pukul tu..Cian kat dia..huhu

Third, masukkan telur satu persatu. Then pukul ikut suka ati dalam masa 2 ke 3 minit. (Eh, banyak main pukul2 kan buat kek ni..hehe.) Lepas tu masukkan esen vanilla. Okey selesai dah untuk Bahan A. Yeay! Kiranya bahan A ngan bahan C bergabung menjadi satu.

Sekarang, amek bahan B pulak. Campurkan pewarna merah tu ngan buttermilk. Kemudian, kacau hingga sebati. (p/s: jangan lari bila nmpak wane merah terang benderang). Done mix Bahan B! Yeay!

oK, untuk bahagian seterusnya pulak ni sila baca dengan muka serius ok. Ingat! Muka Serius. Tadi dah pukul2, mana boleh buat muka comel!

Masukkan bahan A dan bahan B tadi secara berselang seli. Disebabkan kedua-dua bahan ni berpadu dan bergabung, jadi, kita kena pukul kedua-dua bahan ni dengan muka yang serius agar dapat warna merah yang memuaskan hati kita. (Tu dia...macam dah keluar darah setelah dipukul dengan muka serius. )Ok, stop merepek!

Ok, kesian kat bahan D kan. Dia dok tunggu gilirannya untuk dipukul.! Untuk bahan D, sebatikan cuka masakan dengan baking soda tu sekali. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda tu berhenti mengeluarkan bunyi..seperti..sssszzzzz...(yang ni macam buat eksperimen sains pulaks). Tuangkan ke dalam adunan bahan A dan B tadi, kemudian, sebati kan. 

Tuangkan ke dalam loyang. Tak kisah apa bentuk pun boleh. segi empat ke bulat ke.. Saya tak da loyang berbentuk bulatan. Saya guna loyang berbentuk segi empat sama.


Lepas tu, masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celsius. Sebelum tu, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu agar dapat menerima kehadiran adunan tadi. Saya selalu panaskan oven terlebih dahulu sebelum bakar adunan kek. 

30 minit kemudian.

Tutup suhu oven. Biarkan kek bertenang selama 15 minit dalam oven. Lihat keadaan kek..Whooa.. Merahnya kek abang...(mama saya cakap macam tu setelah melihat saya bakar kek.uhuk.)


sambil2 biarkan kek tu bertenang, kita boleh buat topping cream cheeseesssee :).. caranya begini, pukul creanm cheese hingga kembang. kemudian campurkan esen vanilla dan gula ising. pukul hingga sebati. Kemudian, masukkan whipping cream. Ok, pukul lagi. (tak sampai hati nak pukul dah.huhu). 3 minit kemudian kita akan lihat adunan tu jadi pekat, likat..

Amek ibu jari, rasa sedikit adunan tu. Ok, sumpah sedap! ya Allah..berjaya buat cream cheese ni.. Untuk adunan ni kan, korang boleh letak kat cupcake sebagai gam untuk lekatkan fondan kalau nak hias cupcake cantik2 lah.

Untuk nampak kek lebih antik, belah dengan sopan santun kek tu agar jadi dua lapisan. Sapukan cream cheese topping tu di tengah2 belahan kek tu. Kemudian, tutup balik dengan belahan yang sebelah lagi tu. Lepas tu, lebihan cream cheese tu sapu kat sekeliling kek tu ye. 

Cam ni ha untuk belahan membentuk 2 lapisan

Sapu cream cheese tersebut

Dan..hasilnya...

eh, habis dah..erkkk..kenyang..hehe

Kebetulan mak mu su ngan pak pu su n anak diorang ibrahim omaini adam hatim datang malam tu. Mama hidang kan lah kek red velvet saya. Nanges bila melihat kek di ngap ngap mereka..huhu.. ok, tipu. tak nanges pun. suka ada la..hehe

Sambil2 tu ada jugak melihat resepi kek tu di blog akak ni..kredit tu irmadilondon. Akak ni amek tempahan pelbagai jenis kek. 

Alhamdulillah, selesai dah.. :) Terima kasih ye baca entri resepi ni. InsyaAllah ada resepi yang bakal menyusul. hee..till then..

Sekian, terima kasih.. 

Credit By : Nur Khalilah Hassan

Best regards,
ANa Ahmad

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

4 comments

2 Disember 2012 3:14 PTG

nmpk sedap nie...terliur...huhuhuhu...

18 Mei 2013 1:46 PTG

perrrgghhh ! nampak mcm sdap arr. nak buat tapi, diri ini takde kelebihan dlm bidang baking2 cake nehh.. sobbbss ! huhu.

http://bloggadisbrutal.blogspot.com/

11 Oktober 2013 7:10 PTG

Slm, thanks for the resepi, tp kn..Dlm bhn guna baking powder tp dlm cara guna baking soda, so yg mn satu yer? Mohon pnjelasan..Tqvm

11 Oktober 2013 7:11 PTG

Salam..Nk tny..dlm bhn2 guna baking powder, tp dlm cara2 guna baking soda..Sbnr mn satu bahan yg betul yer? Mohon pnjelasan..Tqvm

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Adik AA Excident (3) Amanah Saham Bumiputera ASB (2) Anugerah Industri Muzik (AIM) (2) Anugerah Juara Lagu (AJL) (3) Anugerah Planet Muzik (APM) (1) Aplikasi Cellads (1) Arak (1) ASB Loan (2) Awal tahun bulan islam (1) Baju Blogger (3) Baju Tempahan (26) Banjir Besar (4) Bantuan Rakyat 1Malaysia (4) BE/CPUV Earning Nuffnang (19) Bencana Tsunami (7) Bil Elektrik (1) Biodata Artis/Pelakon (13) blogrrr AWARDS (1) Borang BR1M (6) BR1M 2014 (5) Buger Bakar Abang Burn (1) Bunuh Diri (1) Champions League (6) Check Keputusan UPSR (1) Check PLKN (1) Contest SEO (6) Dengki (2) Design Baju (24) Download Movie (64) emel (1) Follower Level (4) GA (50) Gaji (24) Generasi Wajah Blog (1) Gosip (184) Harga Handphone (1) Harga Kereta (1) Harga Minyak (7) Harga Rumah (8) Helikopter Nuri Terhempas (1) Hutang Negara (4) Iklan (52) Iklan INTI Cycle 1 Degree Exten (1) Iklan Libresse (1) Imam Muda Nazrul (1) Info (728) Info Trafik Online (1) Jalan PC Fair (1) Jalan-jalan Di Padang Besar (6) Jalan-Jalan Makan Laksa (1) Jolly Shandy Haram (1) Kelebihan Smartphone (1) Kementerian Kewangan (1) Kenangan (25) Luahan Hati Kawan-Kawan (1) Melody (183) Menang Hadiah (16) Menyambut Kepulangan Para Haji (1) minuman tin haram (1) Niqmat (4) Novel (1) Oley-oley Dari Korea (1) Page Rank (1) Pageviews (2) Panggung Wayang (2) Pemilihan Sayap UMNO Pusat 2013 (2) Pendapatan Negara (11) Percutian Di Pulau Labuan (5) Peristiwa The Conjuring (1) Phenomena Digital Al-Quran (1) Proton Malaysia (1) PRU13 : Semak Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (1) Raya Haji (1) Resipi Kek (2) Resipi Kuih (3) Review Blog (8) Ribut Kuat (1) Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Slot Akasia TV3 (1) Ringgit Malaysia (11) saman ekor kenderaan (1) Sebenarnya Saya Isteri Dia (2) Segmen (15) Semak Online Keputusan PMR (1) Semester Baru (18) Shop Nile.com.my (3) Shout! Awards (1) Student KUIN (6) Student Semester Enam (21) Student Semester Lima (1) Sukan (33) Surat Dari Langit Biru Slot Samarinda TV3 (1) Tazkirah (83) Tempahan Banner (1) Tempahan Bookmark (1) Tempahan Edit Blog (1) Tempahan Kad (3) THOR The Dark World (1) Tips (136) Tom Yum Goong 2 (1) Top Commenters (6) TV3 Parodi (1) Ucapan Raya (3) Ujian Minda (4) video.html (21) Villa Nabila (3) Widding Kawan AA (4)

Ping-ping Blog